Loading...

We're Sorry!

 CLICK HERE TO CHECK OUR NEW SITE. THANK YOU!

Or you may contact us directly thru
Whatsapp/SMS/Telegram to
017-349 0890

Don't forget to FOLLOW us on Instagram
THANK YOU!

Tanda-tanda Badan Anda Dihuni Cacing

Ramai orang merungut sebab makan macam-macam brand slimming product tapi perut tak kempis-kempis.

ANDA NAK PERUT KEMPIS?

Jawab soalan ni dulu:

Bilakah kali terakhir anda MAKAN UBAT CACING?

Kalau jawapan anda ialah
→TAK TAHU,
→DAH LUPA, atau
→MASA ZAMAN KANAK-KANAK

Hmmm... Katakan usia anda sekarang ialah 30 tahun, agak-agak dah berapa generasi cacing kat dalam perit tu kalau kali terakhir makan ubat cacing ialah ketika anda dalam DARJAH TIGA... Hehehe.... Berapa banyak?

Anda tahu tak yanh ubat cacing sebenarnya MESTI dimakan setiap 6 bulan sekali?

Masalah KECACINGAN tidak boleh diambil mudah.
Jangkitan cacing boleh berlaku di mana-mana bahagian badan TERMASUK mata, hati, paru-paru, salur darah, juga boleh berlaku melalui sentuhan pada kulit.

Cuba anda teliti setiap TANDA-TANDA KECACINGAN berikut. Ada tak berlaku terhadap diri anda?
✩ Keluar cacing daripada lubang najis
✩ Ada cacing pada najis
✩ Alahan kulit yang teruk seperti bengkak atau ruam dan gatal terutama pada waktu malam
✩ Gatal sekitar lubang dubur
✩ Alahan terhadap makanan
✩ Sakit perut
✩ Cirit-birit
✩ Kembung
✩ Sembelit
✩ Anemia atau kurang darah (disebabkan cacing yang menghisap darah anda)
✩ Keletihan luar biasa
✩ Lesu
✩ Kurang tumpuan
✩ Kemurungan
✩ Gelisah
✩ Demam
✩ Tiada selera makan
✩ Pucat
✩ Kurang berat badan walaupun selera makan tinggi
✩ Mengetap gigi ketika tidur malam (grinding)
✩ Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata
✩ Hiperaktif
✩ Sakit kepala
✩ Sensitif terhadap cahaya
✩ Gusi dan hidung berdarah
✩ Batuk-batuk teruk yang berpanjangan
✩ Batuk berdarah
✩ Asma (kerana terdapat cacing di paru-paru)

Tidak semua jangkitan cacing itu merbahaya tetapi rawatan serta pencegahan awal harus boleh menjamin kesihatan dan mengekalkan kualiti hidup.

Lepas dah detox segala mak nenek cacing tu, bolehlah sambung usaha kurus dengan LECITHIN dan ALFALFA COMPLEX Shaklee pula. Yang ni bukan takat boleh kurus, malah keputihan, resdung, migrane dan jerawat pon 'say good bye' kat anda.

Kemudian, detox segala keladak dalam usus dengan HERB-LAX. Kompem kempis! Cacing pon flush out sekali nanti πŸ˜ŠπŸ‘ŒπŸ»

Yang asma pulak boleh makan OMEGA GUARD dan SR VITA-C PLUS. Bukan asma je sembuh, kulit pon boleh jadi licin, parut pudar, gusi dah tah berdarah, jerawat hilang dan lelemak dalam badan pun terbakarrr πŸ’£πŸ’£πŸ’£

Nanti sebelum tidur, oles je setitis ENFUSELLE EYE TREATMENT kat sekeliling mata untuk hilangkan kedut dan lingkaran gelap bawah mata tu ye. Kalau sambil-sambil menghadap laptop tu mata rasa penat dan kering, pun boleh sapu gel tu. Good bye mata panda~~~ 🐼🐼🐼

Eh, nak cuba semuanya?
Whatsapp je kat sin
πŸ“± 017 349 0890
πŸ“± 017 349 0890
πŸ“± 017 349 0890
πŸ“± 017 349 0890
πŸ“± 017 349 0890

Eh, jangan lupa pulak... VIVIX pun ada less 5% kalau beli dua botol tau... FREE POSTAGE lagi. Baik cecepat beli... Heheheeee


posted from Bloggeroid

Resipi Monday Blues

Monday blues la sangat....
Pagi2 tadi dok gigih lipat baju segala mak nenek sampai rak baju yg kosong tetiba rapi penuh balik sonang laki den nak cari baju hahaha....
Pastu dek kerana lunch x masak (ZAs brunch nasik) maka kita masak awal.
Ptg kol 4 je terus Cik D masuk dapo siap2 bhn.
Sambil tu ralitkan bebudak dgn anggur, vitagen sorg sebotol & calciyum kakak suap adik.
Tak tek tang tung... Kol 530 setel 3 dishes.

♡ SUP AYAM ♡

Bahan A:
Ayam dibasuh dan dipotong kecil ~ Cik D ambil bahagian kepak (ptg 4 bhgn each) & leher shj lalu basuh dan toskan.

Bahan B:
Kentang & carrot dipotong dadu saiz medium

Bahan C (dikisar):
2 ulas bwg putih
2 ulas bwg merah
Sedikit jintan putih
Sedikit jintan manis
Sedikit lada hitam
Suku inci halia

Bahan D:
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Buah pelaga

Bahan E:
Garam
Daun sup
Daun bawang
Minyak bijan

Caranya?
1. Tumis BAHAN D dgn sedikit minyak.
2. Masukkan BAHAN C dan tumis hingga naik bau.
3. Masukkan BAHAN A + secawan air. Tutup periuk dan besarkan api. Renihkan sebentar supaya air rebusan ayam keluar. Barulah kick!
4. Masukkan BAHAN B. Tambah air dan kecilkan api. Biar sampai mendidih. Perasakan dgn garam.
5. Tutup api. Masukkan 3 titus minyak bijan. Kacau.
6. Tabur hirisan daun bawang dan daun sup. Hidangkan.

◎◎◎◎◎◎◎◎◎◎

♡ IKAN BILIS CILI API ♡

Step 1:
Goreng ikan bilis sehingga garing.
Goreng hirisan kentang (tak terlalu nipis).
Ketepikan kedua2 bahan.

Step 2:
2 ulas bawang merah dan 5 biji cili padi ditumbuk. Nak pedas lagi, tambah cili lagi. Tumbuk jangan lumat. Tumis sehingga naik bau.

Stem 3:
Tuang sesudu besar air asam jawa ke dlm tumisan. Perasakan dgn secubit gula dan garam. Bila dah hoa liaw, tutup api.

Step 4:
Masukkan bilis dan kentang, gaul rata.

Step 5:
Hidangkan

◎◎◎◎◎◎◎◎◎◎

♡ BUNCIS GORENG SIS TIRAM ♡

Tumis bawang kecil & bawang putih sampai naik bau.

Masukkan carrot & buncis yg dipotong panjang (1-2 inci lbh kurang).

Masukkan sedikit air.

Tambah sos tiram. (Tak perlu garam gula)

Hidangkan.

◎◎◎◎◎◎◎◎◎◎

Setel. Kol 6, bg bebudak makan and now, dah setengah jam depa tergolek tidoq kekenyangan.
Alhamdulillah...
Air tgh momy :)
Cubalah!


posted from Bloggeroid

NOTA FIQH BISNES ONLINE

Teks: Basripuzi Nuruladila Hassan Basri

Sumber: Ustaz Ashraf Latif (BA Eng, MA Islamic Finance)

Alhamdulillah, banyak ilmu baru dan ilmu refresh dan persoalan berkenaan bisnes kontemporari dikongsikan dalam petikan ni setelah Uataz Ashraf menghadiri sesi Fiqh Bisnes oleh Ustaz Dr Azman dan Ustaz Dr Zaharuddin.
Ini saya kutip sebagai ingatan untuk diri sendiri dan dipanjangkan pula untuk bacaan para pengunjung blog D Family Outlet ini.

Dalam tulisannya, Ustaz Ashraf meringkaskan perkara yang dapat diserap dalam majlis ilmu tersebut selain perkara asas seperti tidak boleh menipu serta bebas riba dan gharar.

Jom baca perkongsiannya :)

1. Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai tujuan utama, maka dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk. Perniagaan adalah satu alat untuk mencari redha Allah. Mohon dijadikan point pertama ini sebagai pegangan.

2. Perniagaan adalah sesuatu yang datang seiringan dengan syaitan. Sangat berat amanah yang dipikul oleh peniaga. Peniaga yang benar dan amanah akan dibangkitkan bersama nabi-nabi, siddiqqiin dan syuhada’.

3. Saidina Umar melarang seseorang daripada berniaga sebelum belajar hukum-hakam perniagaan.

4. Semua urusan jual-beli bertangguh (sama ada bayar secara ansuran atau barang dibeli secara tempahan dengan bayaran penuh) masuk dalam kategori dain (hutang). Ayat paling panjang dalam Quran menyebut tentang dain – iaitu mesti ditulis segala maklumat berkaitan dan kalau boleh, adakan saksi.

5. Islam menjaga hak bukan sahaja pembeli, tetapi juga hak penjual. Oleh itu, gangguan kepada harga pasaran adalah sesuatu yang dilarang dalam Islam. Contohnya, buang harga (jual dengan terlalu murah berbanding harga pasaran) atau naikkan harga dengan melampau tanpa sebab yang munasabah (contohnya tiada nilai tambah diberikan).

6. Ketelusan wajib ada. Peniaga kena perjelaskan semua perkara berkenaan barang yang dijual dan kualiti barang. Peniaga juga tidak sembunyikan keburukan barang dengan sengaja. Kena ada jaminan pulangan semula kalau tak puas hati. Kenapa? Sebab ada isu gharar – barang tak boleh disentuh. Kos penghantaran dan segala kos lain mesti dimaklumkan kepada pembeli. Untuk pemulangan semula, siapa akan tanggung kos penghantaran etc. Untuk refund, kos caj bank ditanggung siapa.

7. Hukum affiliate dan dropship – dengan mendaftar i.e. persetujuan pemilik produk adalah harus.

8. Selain ejen dropship dan affiliate dan lain-lain konsep ejen, tidak boleh jual barang yang tidak dimiliki. Sekalipun terdapat perselisihan pendapat untuk menjual barang yang tidak dimiliki, syarat yang dikenakan oleh ulama yang cakap boleh, adalah amat ketat.

9. Untuk produk affiliate dan dropship, tidak boleh guna istilah ‘produk saya’ kerana kita tidak memiliki barang tersebut. Boleh guna istilah ‘produk kami’ kerana kita dikira wakil kepada penjual.

10. Agen tidak boleh menjual pada harga yang tidak dibenarkan oleh pemilik produk (buang harga), sekalipun pemilik produk memberikan harga yang murah kepada agen.

11. Untuk perniagaan secara berkumpulan, tidak boleh mewujudkan testimoni atau sokongan palsu. Contohnya, bila ada salah seorang rakan post tentang sesuatu produk, kita ramai-ramai berikan testimoni dan sokongan yang tidak tepat. Ini banyak terjadi dalam grup yang menjual produk kesihatan.

12. Tidak boleh juga membuat bid palsu untuk menaikkan harga lelongan.

13. Tiada iklan yang memaparkan aurat. Tidak boleh promo produk yang menampakkan aurat.

Cukuplah dulu, kot. Silakan share untuk kemaslahatan kawan-kawan kita yang berniaga dan baru ingin berniaga.

Ikut syariat, hasil berkat.

Salam sayang,
Basripuzi Nuruladila Hassan Basri
Whatsapp: 017-349 0890
Emel: bpnuruladila@gmail.com
Page: D Family Outlet dan Jilbab N' Bags
Instagram: @diloutlet dan @jilbab.n.bags

1 Muharram detik permulaan...

Teks: Basripuzi Nuruladila Hassan Basri
Foto: D Family Outlet

Tarikh: 4 Muharram 1437H

Assalamualaikum para pembaca yang dikasihi...

Salam Maal Hijrah walaupun terlewat hampir 5 hari untuk mengucapkannya.

1 Muharram betul-betul mengingatkan saya awal pembabitan dalam dunia perniagaan atas talian. Tarikh keramatnya ialah pada 26 November 2011 bersamaan 1 Muharram 1433H.

Saya bermula dengan dropship produk-produk penyusuan seperti breastpump, botol-botol susu, peralatan keperluan mengepam dan menyusus serta pelbagai produk keluaran Philips Avent dan Tommee Tippee.
Waktu tu Alhamdulillah rezeki anak sulung yang sedang saya kandung barangkali, permintaan terhadap barangan jualan saya laris.
Kedai saya hanyalah di Facebook Page dengan nama DILA AL-BASRI OUTLET.

Kemudiannya saya mereka kad perniagaan sendiri sekadar suka-suka dan cuba-cuba.
Dari sini, kawan-kawan mula mengenali perniagaan saya, Alhamdulillah...


Selain menjual breastpump, saya juga berusaha menimba ilmu berkaitan penyusuan susu ibu untuk dikongsi dengan para pelanggan yang membeli produk berkenaan.
Alhamdulillah, mereka mempercayai produk dan konsultasi saya.
Malah, ada yang sanggup berhabis ribuan ribu ringgit membeli pelbagai produk Avent saya kerana harga yang saya tawarkan murah hampir 40% berbanding pasaran.
Maklumlah, ketika itu kewangan negara masih boleh dikatakan baik dan kukuh.

Alhamdulillah...
Ramai yang berjaya menyudahkan penyusuan bersama-sama saya yang beranak sulung ketika itu.
Seronok sangat rasanya dapat membantu dan berkongsi momen-mone penyusuan susu ibu dengan rakan-rakan dan para pelanggan.

Setahun kemudian, suami saya mendaftarkan perniagaan kami dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atas nama NATAR DINAMIK dengan nombor pendaftaran 002189437-P.
Hanya tuhan yang tahu kegembiraan kami ketika itu, memiliki syarikat sendiri.
InsyaAllah, para pelanggan tidak akan ragu-ragu lagi untuk berurusan dengan kami.
Saya menambah produk jualan seperti pakaian menyusu, pakaian bayi dan permainan kanak-kanak pula.
Semuanya, dengan izin Allah, mendapat sambutan menggalakkan.

Namun rencana Allah tidak dapat diatasi.
Biasalah, dalam perniagaan ada jatuh bangunnya.
Perniagaan saya sedikit tidak teratur selepas anak tersayang disahkan sakit.
Hospital Selayang menjadi rumah kedua, Institut Pediatrik HKL menjadi istana hinggap kami.
Saya jarang-jarang dapat melayang permintaan pelanggan terutamanya yang urgent call.

Urusan dropshipping produk terpaksa saya hentikan. Kesian agen-agen saya pada ketika itu.
Namun saya senitiasa mendoakan rezeki mereka masing-masing.
Sesungguhnya, rezeki Allah SWT tidak pernah salah alamat!

Alhamdulillah, di sebalik kesusahan, Allah kembalikan mentari.
Selepas ujian demi ujian, saya kembali meneruskan perniagaan saya.
Tahun 2013, saya mengenali Shaklee dan kini meneruskan perniagaan dengan nama baharu D FAMILY OUTLET.

InsyaAllah, saya akan meneruskan perniagaan dan servis terbaik untuk anda selagi Allah mengizinkan saya mengusahakan perniagaan ini.
Dengan setulus hati saya menjemput para pembaca untuk LIKE halaman perniagaan saya di Facebook.

Untuk membuat pesanan atau mempelajari teknik-teknik power pumping, saya sedia berkongsi dengan anda melalui aplikasi Whatsapp.

Selamat berkenalan dan semoga ukhwah yang terjalin berpanjangan.
Insya-Allah.
Amiin.

Salam sayang,
Basripuzi Nuruladila Binti Hassan Basri
Whatsapp: 017-349 0890
Carousell: @diloutlet
Instagram: @diloutlet



Satu tentang SHAKLEE yang korang perlu tahu!

Korang tau tak...

Shaklee membelanjakan berbilion ringgit HANYA untuk diberikan sebagai ganjaran kepada para SID yang terus-terusan berkongsi mengenai Shaklee...

Memang untung jadi pengedar Shaklee ni... Bonus Shaklee bayar tak pernah lewat sehari pun dari tarikh sepatutnya iaitu setiap 14hb. Tengah bulan without fail!

Shaklee syarikat yang establish dan dah berada di Malaysia 27 tahun... Lama kan? Botol multivitamin tertua di dunia dalam gambar ni pon membuktikan Shaklee bukan syarikat setahun jagung 





Sehingga bulan depan, pendaftaran SID baharu akan menerima sebotol multivitamin VitaLea with Iron Formula Shaklee bernilai RM94.10 ni.
Anda hanya perlu bayar yuran keahlian RM70 sahaja.
Sebotol untuk kegunaan EMPAT BULAn tau...
Berbaloi, kan?

Jom sertai Shaklee sekarang!

Hubungi Cik D untuk mendaftar.
017-349 0890
017-349 0890
017-349 0890
017-349 0890
017-349 0890

Jangan lupa follow IG kita eh :)

Segmen KTT: Apa itu MLM? Apa sebenarnya MLM?

Assalamualaikum semua~~~
Selamat pagi... Wah indah sangat senyum tu :)

Hmmm... Dalam keadaan ekonomi 'terancam' sekarang ni, masih ramai rakyat Malaysia yang tetap skeptikal dan memandang MLM ni sebagai bisnes penipu dan menindas sedangkan hakikatnya manusia itu sendiri yg zalim dgn diri sendiri.
Zalim in term of terus terusan menyalahkan sistem la kerajaan la tapi duduk di takuk lama jugak tanpa berusaha utk membaiki taraf masing-masing.

So hari ni Cik D nak kongsi semula dengan semua tentang bisnes MLM. Full-termya multilevel marketing.

So... #KorangTAuTAk apa itu MLM? Apa sebenarnya MLM?
Multilevel marketing (MLM) ni ialah strategi pemasaran yang mana setiap pengedar atau glemer orang sebut downline, dibayar komisyen/bonus berdasarkan jualan peribadi dan jualan berkumpulan.
So mostly orang akan join MLM untuk dapatkan BONUS.
Sinonim!

Tak semua bisnes MLM itu tak bagus tapi kebanyakannya jadi tak bagus apabila tidak patuh syariah...
Jadi dek kerana segelintir masyarakat yang dah terkena dengan perangkap MLM tak bagus ni, maka bisnes MLM dicop sebagai skim cepat kaya atau mengkayakan orang yang awal-awal join je...

Jadi kalau korang nak pilih bisnes MLM sebagai sumber pendapatan tambahan pastikan anda semak beberapa perkara iaitu…
Adakah syarikat tersebut memang menjual produk atau mengada-adakan produk sekadar untuk mengaburi mata prospek?
Harga produk atau yuran berpatutan, so-so atau tinggi melampau?
Business plan (pelan pemasaran) lebih fokus untuk jual beli orang atau jual beli produk?
Kelayakan bonus munasabah atau kemain susah nak fullfill?
Berapa banyak kaki atau berapa ramai downline nak kena taja baru boleh dapat bonus?

Kalau harga produk sesuai, semak pula adakah pengedar/leader/upline menyalahgunakan pelan pemasaran syarikat dengan mempengaruhi bakal ahli?
Contohnya ahli kena melabur RM-ribu-riban untuk membeli pangkat.
Atau nak join mesti kena buat pinjaman peribadi.
Then tengok pulak setiap bulan ke ada pulangan?
Atau bulan pertama ja banyak bonus… Bulan seterusnya hampir tiada atau memang takde langusng dah...
Jangan semata-mata nak kaya cepat, anda gi gadai duit saving anda.
Siapa nak tolong nanti? Upline jutawan pun tak dapat tolong.
Dan Cik D hanya boleh tolong beri peringatan sahaja hehehe...

Cik D pun bisnes MLM tapi pilihan Cik D terbaik tanpa memanipulasi sesiapa.
MLM yang Cik D join ialah MLM Shaklee...

Shaklee menyuruh kami jual produk dahulu untuk dapatkan bonus.
Semua produk tu pulak diuji dan disahkan halal dan selamat.
Vitamin C yang Cik D jual lebih kurang 40 sen ja sebiji.
B-Complex 30 sen sebiji.
Multivitamin terbaik dunia pulak lebih kurang 60 sen sebiji.
Murah tapi kualiti tahap 5 bintang.

Tajaan? TIADA!
Cik D join Shaklee untuk makan sendiri sejak tahun 2013.
Tiada ahli downline sehingga pertengahan 2014 tapi still dapat bons sebab beli melebihi point minimum utk dapat bonus.
Ada kawan, join bertahun-tahun tanpa downline dan pangkat sentiasa naik sebab lepas syarat.
Buat sorang-sorang je... Modal RM70 je... Downline takde...
BONUS BANYAK, PANGKAT MASTER!

Oh ya! Cik D juga TAK dapat apa komisyen kalau rekrut ahli baru.
Kena buat sales dulu baru boleh dapat komisyen.
Dan Cik D tak suruh downline Cik D laburkan ribu-ribu.
Cik D suruh diorang buat basic master checklist ja… Hihihi..

Tapi MLM yang Cik D Join ni upline dia cengginih *thumbs up*
Sebab keep on pantau, kejar, guide, bagi nasihat, bagi challange, bagi reward seupaya sama-sama bergerak dan berjaya dalam MLM ni...


 Super duper upline pon cengginihhhhh *two thumbs up*
Tak caya p tengok blog beliau sentiasa update tak bersawang...
Jadi fikir-fikirkanlah...
Sebenarnya MLM yang negatif ke kita yang negatif utk mengatakan semua MLM tu tak bagus dan taknak pulak berubah utk kehidupan yang lebih bagus...

Sekian dulu, tulisan cik D untuk CABARAN ENTRY KHAS
#KorangTauTak #kelabbloggerjutawan #Shaklee

Salam sayang,
~Cik D Momy The ZAs~
017-349 0890
#kttShaklee

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hubungi saya di sini:
Instagram: @diloutlet
Carousell: D Family Outlet
FB Pages: D Family Outlet


Copyright© All Rights Reserved Stall Shaklee Cik D